assalamualaikum..
waa mesti seronokkan bila dah ada rumah sendiri.. so wanie ada beberapa petua nak bagi untuk masuk rumah baru.. bagus untuk diamalkan tambah-tambah kalau ada baby kecik sama :) jom baca sampai habes ...
Azan
- Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah
hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah
bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang
suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
Baca Surah Al-Baqarah
- Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti
kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah
yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Banyakkan Solat dan Membaca
Al-Quran
- Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga
menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di
dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang
bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca
Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Baca Surah Yassin,
Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
- Amalkan membaca surah Yassin setiap malam
terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca
juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat
ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir
bacalah sebanyak 7 kali.
## semoga petua ini dapat membantu :) tq k.ayu :)
No comments:
Post a Comment