yerla.. lately nie kan ada kontroversi pasal depa kan.. so hari nie lega bila dapat tau.. gosip tu hanya mainan tidur jer. hehehe :) yer la. kita nie kena sentiasa mendoakan rumah tangga orang bukan menghancurkan mahligai yang telah dibina. tambah pula mereka ada anak perempuan yang sangat chomeellll la !!
‘Isteri saya cuma Erra’
PETALING JAYA: Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.
“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.
“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.
“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.
“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.
pstt : kepada yang suka sangat fitnah-fitnah orang nie tak takut dosa ka??? dosa orang fitnah lagi besar dari dosa orang membunuh.. renung-renungkan..
## sumber harian Metro ###
No comments:
Post a Comment