WANIEY's BLOGSHOP

KAWAN BLOGGERS HEBAT !

HOT & COOL YOO !!!

DOA HARIAN

DOA NABI MUHAMMAD :)
---------------------

YA ALLAH, Ampunkanlah Kesalahanku, Kebodohanku dan Sikapku yang Berlebih-lebihan Dalam Urusanku & Hal-hal yang ENGKAU ketahui..

YA ALLAH, Ampunkanlah Dosa-dosaku Terdahulu dan Dosa-dosa Kemudian Serta Dosa yang Aku Sembunyikan & Aku Tampakan..

ENGKAULAH yang Mendahulukan & Mengakhirkan,
ENGKAU MAHA KUASA atas Segala Sesuatu..
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Friday, March 1, 2013

tips halau kutu beras a.k.a bubuk

Okay sapa kat sini penah beras kat umah tu kena serang ngan kutu beras.
macam dalam gambar nie 

 pic : sumber google :)

actually beras kat umah sewa nie dah kena serang dek kutu beras nie.. !!
eeiii dah la keras. bila nak masak memang kena cari satu satu. 

so wanie google pasal tips halau kutu beras :)
nie ada beberapa tips yang boleh dijadikan ikutan hehe 

1. Jemur beras di tengah panaas
2. letak cili kering dalam bekas beras ( mama saya penah buat )
3. letak bawang putih  ( saya tengah buat dan kutu tu telah cuba melarikan diri sedikit demi sedikit )
4. boleh letak daun pudina juga
5. letak daun nipis dalam bekas beras or kulit kayu manis.

haa nie lah tips-tips nya.. wanie cuba yang no 3 tu.. 
 kita tengok bahan uji kaji wanie ya nanti  :) !!

- semoga berjaya :) hehe !! -

Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah

1. Hilangkan Kutu Beras Dengan Jemur Beras di Tengah Panas

Cara yang paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang dan kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat yang lembap atau boleh juga tampi beras dengan dulang untuk keluarkan kutu beras.

2. Hilangkan Kutu Beras Dengan Cili Kering

Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras. Cara ini paling mudah dan pernah cik tom praktiskan serta ianya menjadi.

3. Hilangkan Kutu Beras Dengan Bawang Putih

Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh gunakan tips halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Bau bawang putih dapat menghalau kutu beras.

4. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun pudina

Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras tapi belum pernah cik tom praktiskan.

5. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun Limau Nipis

Cara ke 5 yang oleh dicuba ialah dengan letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

6. Hilangkan Kutu Beras Dengan Kulit Kayu Manis

Tips seterusnya masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras.
Tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Selamat mencuba Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah ye!
- See more at: http://www.ciktom.com/tips-hilangkan-kutu-beras-rice-weevil/#sthash.ROoioQ6r.dpuf

ps Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah

No comments:

Post a Comment

PLACE YOUR ORDER HERE :) TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERJAH BLOGGER !