WANIEY's BLOGSHOP

KAWAN BLOGGERS HEBAT !

HOT & COOL YOO !!!

DOA HARIAN

DOA NABI MUHAMMAD :)
---------------------

YA ALLAH, Ampunkanlah Kesalahanku, Kebodohanku dan Sikapku yang Berlebih-lebihan Dalam Urusanku & Hal-hal yang ENGKAU ketahui..

YA ALLAH, Ampunkanlah Dosa-dosaku Terdahulu dan Dosa-dosa Kemudian Serta Dosa yang Aku Sembunyikan & Aku Tampakan..

ENGKAULAH yang Mendahulukan & Mengakhirkan,
ENGKAU MAHA KUASA atas Segala Sesuatu..
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Friday, December 28, 2012

BAGAIMANA VITAMIN C BOLEH MENCANTIKKAN KULIT??


Ini caranya:

1. Membantu pembentukan kolagen: 
Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2. Membantu proses metabolisma kolesterol:
Membantu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi  amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

3. Detoksifikasi:
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

4. Membantu pengeluaran hormone anti stress:
 Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem  keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. (Sesuai untuk student!! sebab tu student digalakkan mengambil byk vitamin di kala menjelang peperiksaan)

5. Lain-lain: 
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Jadi, untuk cantik kita perlu mengambil 'makanan' tambahan yang membantu tubuh kita menghasilkan lebih banyak komponen-komponen yang berguna.. bukan sahaj vitamin c, malah vitamin-vitamin yang lain juga mengikut kadar yang bersesuaian.

Mari kita cantik sama-sama

credit to Ibu Aiman Syamimi

No comments:

Post a Comment

PLACE YOUR ORDER HERE :) TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERJAH BLOGGER !