WANIEY's BLOGSHOP

KAWAN BLOGGERS HEBAT !

HOT & COOL YOO !!!

DOA HARIAN

DOA NABI MUHAMMAD :)
---------------------

YA ALLAH, Ampunkanlah Kesalahanku, Kebodohanku dan Sikapku yang Berlebih-lebihan Dalam Urusanku & Hal-hal yang ENGKAU ketahui..

YA ALLAH, Ampunkanlah Dosa-dosaku Terdahulu dan Dosa-dosa Kemudian Serta Dosa yang Aku Sembunyikan & Aku Tampakan..

ENGKAULAH yang Mendahulukan & Mengakhirkan,
ENGKAU MAHA KUASA atas Segala Sesuatu..
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Wednesday, April 27, 2011

6 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

2011/04/20 ( BERITA HARIAN )

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata, dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

PLACE YOUR ORDER HERE :) TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERJAH BLOGGER !